Puisi Maal Hijrah
Selamat menyambut tahun baru hijrah 1431
kau datang lagi bersama
pertambahan usia insan
yang muda menjadi tua
yang tua menjadi warga emas
begitu cepat masa berlalu setahun lalu
meninggalkan detik waktu dan peristiwa suka duka
dalam hidup sementara ini
pada bila-bila masa kita akan kembali menemui-Nya
apakah sudah cukup amalan suci untuk menemui-Nya
begitu cepatnya masa berlalu memotong kita
sedar-sedar sudah tahun berlalu
masa itu ibarat pedang
jika kita tidak memotongnya,kita akan dipotong oleh masa
yang begitu pantas bergerak
meninggalkan mereka yang tidak memanfaatkannya.
semoga kita akan sentiasa ingat untuk membaca doa akhir tahun
dan awal tahun baru hijrah
jangan kita leka dengan kehidupan dunia yang penuh tipu daya
dan melalaikan ini
buanglah segala kekeruhan hidup setahun ini
dan bersedia menimba kejernihan jiwa
dan menyelesaikan kekalutan hidup selama ini
kita mesti membina azam baru
untuk membina hidup yang lebih beriman dan seimbang dunia akhirat
tiada yang lebih cemerlang dalam hidup ini
selain daripada hidup secara lslam dan penuh sederhana
dalam segala hal
untuk menghadapi cabaran hidup yang semakin getir ini.
Tanjong Malim,Perak.
9 Disember 2009
No comments:
Post a Comment